Thursday, October 15, 2009

Ubat ilang ngantuk......

Cium :

Mau mesra cium bibir,
Mau enak cium dekat dada,
Mau nikmat cium di bawah pusat,
Mau lebih panas ?
Turun Lagi Lebih ke Bawah... ..Cium Tuh Tar Jalan Raya !!!


Susu :

Kata ayam pada lembu : Manusia itu kejam, Aku makan beras sikit aja dah
diusir !!
Kata lembu : Elo.. tu masih dikira baik, tetekku tiap hari
diraba-raba, diramas-ramas, dipicit-picit, tapi kawinnya tidak!!!


Tertipu :

Jika kau jadi bunga aku rela jadi kupu-kupu.
Jika kau siang, aku rela jadi matahari
Jika kau samudera aku rela jadi ikan
Jika kau jadi monyet,
aku RELA, SUNGGUH, SUMPAH AKU RELA !!! SWEARRR...


Bercumbu :

Minah, yang telah lama tinggal di kota pulang ke kampung dan bertemu pujaan

hatinya, Mamat yang berprofesi sebagai petani.

Suatu senja, ketika tengah jalan2 dan menikmati pemandangan desa, mereka
melihat 2 ekor kerbau saling menggesek-gesekkan hidung dan... ..

Kerana lama memendam rindu, Mamat berkata dengan nada memancing, ' Rasanya
saya jadi ingin juga melakukannya, ' sambil memandang Minah mesra.

'Silakan saja,' balas Minah ' kan kerbau2 tu milikmu.'


Nak Kena Sumbat :

Suatu ketika mandilah seorang lelaki di air terjun nan indah ... ..
Mandilah dia dengan menanggalkan semua pakaiannya ..
dan berkecipak-cipuk bermain dengan air ... .
dari jarak kejauhan datanglah seorang Nyah berjalan dan
mendekat, mengintip lelaki tersebut yang sedang mandi ...

si Nyah menikmatinya ... .
dan ... OOOPPPS !!!! si Nyah memijak ranting ... 'KKKRRRIIIIIEEEEK'
si lelaki terperenjat !!!

Lelaki : SIAPA TU??

Nyah : ( diam saja ... takut ketahuan )....

kerana tidak ada yang menjawab si Lelaki melanjutkan mandinya, tetapi si
Nyah kemalangan, dia jatuh terpeleset ,

'GUUUBRAAK'

Lelaki : SIAPA LAGI TU? CEPAT NGAKU!!!! KALO TAK... NANTI KALO WA DAPAT...
.. WA SUMBAT PAKAI BARANG WA NI!!!!

Nyah : ( girang ... dan menampakan mukanya sambil bergaya seperti biasanya
seorang Nyah ) .... JANJI YA .....!!!!!!!


KES TAK BERTEGUR SAPA :

Terjadi satu hari sepasang suami isteri ni berselisih faham... dan tak
bertegur sapa.. Si suami ni nak bangun pagi pada esoknya.. tak tau macam
mana nak bagitau isteri supaya kejutkan dia pagi esoknya..Si suami ni dapat

idea..lalu dia tulis satu nota

'KEJUTKAN ABANG!! PUKUL 6.30 PAGI ESOK'

Esoknya si suami ni terlewat bangun... dia nak marah pun ada ... nak ketawa


pun ada kat isterinya. Nak tahu kenapa?... si suami ni terjumpala
nota.......

'BANG!! BANG!! BANGUN BANG! DAH PUKUL 6.30 PAGI'


Muntah :

Seorang gadis kecil merasa badannya lemah dan sakit ketika dia berada di
pasaraya bersama ibunya.
'Mama,' kata gadis kecil itu.. 'Bolehkan kita balik sekarang?'
'Tidak,' jawab ibunya.
'Ma, saya rasa hendak muntah!' kata gadis kecil itu.
'Keluarlah, pergi ke tandas di tingkat atas... '
Setelah kira-kira 20 saat, gadis kecil itu kembali ke tempat duduknya.
'Sudah selesai?' tanya ibunya.
'Ya.'
'cepatnya?'
'Saya tidak pergi ke tingkat atas.. Ma,' kata anaknya lalu menyambung..
'Kat tepi tu ada sebuah kotak derma... disitu tertulis 'UNTUK ORANG YANG
SAKIT'

Teka-teki

Teka-teki:
Hitam dan berpeluh..HA. . Ape2??


Jawapan :
Semut hitam tengah berjogging..huhuhu

Teka-teki :
Ape benda bila masuk segitiga bila kuar bergulung-gulung..


Jawapan :
Seluar dalam ler..haha

Teka-teki :
Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu
yang paling tinggi?

Jawapan :
Kuih lepat liat la...sebab kapal terbang sampai langit je, tp kuih lepat sampai lelangit.

Teka-teki : Byk2 kotak, kotak ape yg x leh angkat?


Jawapan :
Kotak penaltilah.. ... wawawa!

Teka-teki :
Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar ???
Teka..teka.. kalo terer!


Jawapan :
Selipar maner boley buat gali tanah,gune cangkol lar....huehue. ..hue!!

Teka-teki :
3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?


Jawapan :
Koboi naik kuda bawak sekor ayam.

Teka-teki :
Masa dia hidup kite menyanyi, masa dia mati kite tepuk tangan pulak...


Jawapan :
Lilin masa sambut ' EPI BESDAY '

Teka-teki :
Scorpion kaler apa?


Jawapan :
Kala jengking

Teka-teki :
Dlm bnyk2 kera, kera ape yg pandai menaip???


Jawapan :
Kerani

Teka-teki :
Ada sorang orang tengah semahyang pastu ada sekor anjing jilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMAYANG IMAM TU???


Jawapan :
Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri!

Teka-teki :
4 org awek cun berpayung dgn satu payung tp nape tak basah langsung??


Jawapan :
Sebab tak hujan...aduhai! Dahlah malaslah nak tanya lagi...

:-)

Surat Coach Azraai kepada KFA

15 OKTOBER 2009

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua sahabat-sahabat yang dihormati,
Dalam keberkatan Syawal ini, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri & Maaf Zahir Batin.

Berat untuk saya nyatakan,tetapi setelah sekian lama bersabar...kini sudah tiba masanya untuk saya bertindak mengikut naluri saya.

Untuk pengetahuan semua, izinkan berkongsi sedikit maklumat atau sejarah bagaimana kehadiran saya ke jawatan Ketua Jurulatih Bolasepak Negeri Kedah Darulaman.Saya masih ingat lagi pada petang hari Rabu, tanggal 18hb Ogos 2004,dimana saya dijemput oleh Bapa Pembangunan Bolasepak Negeri Kedah,Allahyarham Dato` Ahmad Basri Mohd Akil untuk berbincang berkenaan kepincangan bolasepak Skuad Hijau Kuning ketika itu dan seterusnya diberi cabaran getir iaitu untuk mengambil alih tugas jurulatih Kedah yang pada masa itu disandang Jurulatih kelahiran Brazil, Miradhinha .Keadaan pasukan ketika itu berada di paras yang cukup mengecewakan.

Dari perbincangan itu ,tidak dapat dinafikan Allahyarham sememangnya seorang yang mempunyai wawasan dan pemikiran dinamik dalam usaha memertabatkan kembali bolasepak Kedah.

Sehubungan dengan itu, hasil dari perbincangan tersebut,Kami meletakkan Matlamat utama pasukan Kedah yang wajib dicapai adalah kembali memacu Skuad Hijau Kuning muncul diantara pasukan elite dalam kancah bolasepak Malaysia.

Saya juga disarankan oleh arwah sebagai Ketua Jurulatih bagi menggantikan Mirandinha. Berbekalkan semangat dalam diri dan sokongan serta dorongan allahyarham,saya menyahut cabaran tersebut.Antara garis panduan untuk saya berkhidmat adalah ;
• Saya wajib komited 100% untuk bolasepak negeri tercinta
• Memertabatkan bolasepak Negeri
• Setia pada Negeri
• Setia pada Sultan
• Setia pada Pasukan.
• Meletakkan sasaran awal,Kalau boleh cuba sedaya upaya untuk mencapai kejayaan terbaik dalam sukan bolasepak menjelang Jubli Emas Pemerintahan KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darulaman.

Bagi memenuhi matlamat tersebut,Perancangan Program Pembangunan jangka masa 5 tahun telah dicetuskan oleh arwah Dato`.Bermula saat itu kita terus membina pasukan merujuk kepada acuan mantap yang telah ditetapkan.

Alhamdulillah...berkat kesungguhan dan keyakinan,kita berjaya mencapai matlamat kita dengan cukup cemerlang dalam jangkamasa setahun lebih awal dari perancangan.
Antara detik gemilang yang menghangatkan kembali sambutan peminat seluruh negeri keatas skuad Kenari adalah :
• Menjuarai Liga Perdana pada tahun 2006. Kembali ke Liga Super 2007
• 2007 Menjuarai Liga Super
• 2007 Menjuarai Piala FA
• 2007 menjuarai Piala Malaysia
• 2007 KEDAH menjadi pasukan pertama di Malaysia yang menjuarai Liga Super,Piala FA dan Piala Malaysia.
• Musim 2007 Menang hampir keseluruhan Anugerah Pemain terbaik dalam majoriti kategori dan juga Anugerah Jurulatih Terbaik
• 2007 – hampir separuh pemain dalam skuad dipanggil menyertai skuad Kebangsaan
• 2008 Menjuarai Liga Super
• 2008 Menjuarai Piala FA
• 2008 menjuarai Piala Malaysia
• 2008 sekali lagi terpahat dalam sejarah bolasepak Malaysia,KEDAH menjadi pasukan pertama yang muncul pemenang double treble.Begitu juga penghormatan khas untuk pemain apabila menang lagi dalam pencalonan categeri pemain terbaik dalam banyak posisi dan anugerah Jurulatih Terbaik 2 tahun turut-turut.
• Stadium Darulaman kembali 'full house'
• Pada masa yang sama kita mewakili Malaysia dalam kancah AFC selama 2 musim berturut-turut

Itulah sejarah yang telah saya lakarkan.
Saya rasa kita telah mencapai matlamat kita dengan cukup cemerlang.
Bagi seluruh peminat dan penyokong skuad Hijau kuning,negeri Kedah yang tiada banyak hiburan....bolasepak ada lah sukan no.1 untuk mereka.Sukan yang menyatukan semua rakyat negeri tercinta.

Saya amat bersyukur,dan cukup teruja apabila 'matlamat' yang digariskan sebelum ini telah disempurnakan dan perkara ini telah membuatkan semua rakyat Kedah serta pencinta sukan ini turut merasa bangga dengan pencapaian cukup hebat dalam jangkamasa 2 tahun berturut-turut.
Kebangkitan semangat Hijau Kuning dapat dilihat di seluruh pelusok negeri.Saya begitu bangga dan terharu apabila bendera hujau kuning kembali berkibar megah.....teringat lagu keramat nukilan Arwah Dato`yang kembali dan terus bergema.

Sayang seribu kali sayang, episod gemilang ini tidak mampu bertahan lama gara-gara perubahan pengurusan KFA yg dilihat kurang komited dengan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka.

Setelah kita mengharungi musim 2009 ,Kedah selaku juara bertahan kesemua Piala yang dipertandingkan, hanya menduduki tempat ke 3 dalam carta Liga Super dengan habuan wang tunai RM150,000.00 .

Episod Duka terus berlaku dalam 2009
Kita menghadapi Pertandingan Piala Malaysia 2009 pada bulan September.,Semua Pasukan bertanding dibenarkan mendapat pemain pinjaman sebanyak 3 orang.Sayang sekali cadangan saya tak jadi kenyataan gara-gara sikap KFA yang tak serious dalam mendapatkan pemain Haris Safwan dari T Team Terengganu.Pemain tersebut telah terlebih dahulu menghubungi saya untuk membolehkan beliau menyarung jersi Kedah didalam kempen kali ini.Apa bila didesak...komen pihak KFA dengan acuh tidak acuh menyatakan CUKUPLAH DENGAN APA YANG ADA....

Sebagai seorang Jurulatih Professional saya tahu kelemahan dan kekuatan pasukan...jadi menjelang Piala Malaysia saya rasa pasukan kita perlu menambah kekuatan di barisan serangan.(itu pun sebelum Khyril Muhymeen Zambri menjalani pembedahan lutut ).Masaalah kecederaan pemain posisi serangan seperti Samransak (operation lutut),Fadly Baharum (operation lutut dan ankle) dan pemain pertahanan kental V Thirumurugan(operation ankle) amat merencatkan persiapan pasukan dalam kempen kali ini kerana kita sedia maklum banyak pemain utama kita mengalami kecederaan .

Apapun,dengan apa yang ada seluruh Pemain tetap berjuang dengan penuh semangat dalam setiap perlawanan.Tetapi nasib tak menyebelahi kita....kalah dengan jaringan tipis walaupun pada dasarnya kita menguasai permainan.

I am not a magician,saya cuma seorang manusia biasa.Seperti seorang tukang masak....jika dibekalkan kangkong,maka lauk kangkong lah yang akan saya masak.Mana mungkin kangkong bertukar menjadi spagethi !

Dalam keadaan sedemikian,Terus terang saya akui,KFA cakap tak serupa bikin.Saya bukan mahu mengalah atau lepas tangan,tetapi prinsip perjuangan saya dalam bolasepak tidak mendapat sokongan penuh dari KFA,ini menjejaskan persiapan pasukan saya.Saya tak dapat menjalankan tugas saya dengan tersusun,teliti dan mengikut perancangan awal saya.

Jadi cukuplah setakat itu,dengan berat hati…ada baik nya saya berundur dari jawatan Ketua Jurulatih Bolasepak Negeri Kedah Darulaman untuk memberi pada laluan orang lain.

Apa sekali pun saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga pada semua peminat-peminat bolasepak Negeri Kedah yang telah menyokong pasukan negeri tercinta ketika saya melaksanakan tugas selaku Ketua Jurulatih.Saya amat berbangga apabila dapat berkhidmat untuk anda semua dan membuat anda semua rasa teruja dan berbangga sebagai rakyat Negeri Kedah Darulaman.

Sekian

"BIAR JASA JADI KENANGAN"



Saya yang ikhlas,

Mohd Azraai Khor.

?

Nape terasa mcm baru dapat hidayah je rini..:)
terasa diri insaf seketika..xtau sampai bila..
harap berkekalan..
aminn..

Azraai Lepaskan Jawatan Ketua Jurulatih Kedah

ALOR SETAR 15 Okt (Bernama) -- Selepas membawa pasukan Kedah muncul juara "treble" dua musim dalam kancah saingan liga bola sepak Malaysia pada 2007 dan 2008, ketua jurulatih skuad bola sepak Kedah, Mohd Azraai Khor Abdullah hari Khamis mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ketua jurulatih pasukan itu berkuatkuasa serta merta.

Mohd Azraai berkata surat peletakan jawatannya telah dihantar pagi tadi kepada Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian Dan Warisan Kebudayaan negeri Dr Hamdan Mohamed Khalib.

"Saya rasa bertanggungjawab atas kegagalan Kedah melangkah ke peringkat suku akhir Piala Malaysia dan meletak jawatan adalah jalan terbaik bagi saya," katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di sini hari Khamis.

Katanya, beliau tidak lagi berminat untuk bersama Kedah kerana bosan dengan kerenah pengurusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang tidak memberi kerjasama dalam beberapa hal terutamanya dalam usaha mendapatkan pemain baru.

"Sebenarnya sebelum kempen Piala Malaysia bermula, saya berjaya mendapatkan pemain pasukan T-Team iaitu Haris Safwan untuk memperkukuhkan bahagian serangan tetapi pengurusan KFA seolah-olah tidak serius untuk mengambil pemain itu dan ini sangat mengecewakan saya," katanya.

Azraai berkata, beliau hanya mahu bekerja dengan memberikan yang terbaik untuk pasukan Kedah, namun KFA dakwanya sering mempolitikkan bola sepak dan tidak mahu mengambil pemain luar.

"Saya tidak rasa ralat dengan keputusan ini (meletak jawatan) kerana sepanjang saya menjadi jurulatih, saya telah buat yang terbaik untuk pasukan dan saya berharap jurulatih bakal menggantikan saya kelak akan buat yang lebih baik dan menaikkan semula nama pasukan Kedah," kata yang menjadi jurulatih Kedah sejak tahun 2004.

Di bawah bimbingan Azraai Kedah telah menjulang tiga piala iaitu Juara Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia pada musim 2007 dan 2008.

Mohd Azraai kini turut dikaitkan dengan tugas selaku ketua jurulatih pasukan Harimau Muda dalam Liga Super musim depan.

Sementara itu, Dr Hamdan ketika dihubungi enggan mengulas mengenai peletakan jawatan Azraai.

-- BERNAMA

SEDIH OOO..

Wednesday, October 14, 2009

"cinta dalam hati"

Assalamualaikum..

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialong mereka...

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?


Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu
abang memang cintakan Sayang.
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang

boleh katakan abang sayang dan cintakan saya

sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh
buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan

kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang
mempunyai suami dan teman lelaki yang tahu

menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi
dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan
sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata:

"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu
. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.


Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.


Surat tersebut berbunyi begini:

Sayang, jika disebabkan suaramu, aku menyintaimy
... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh
mencintai mu.


Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.


Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu..... sekarang bolehkah engkau melangkah?

Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab?


Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

::: Hati Emas :::


SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati
suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban
salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama
dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:


1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya
hingga subuh.


2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT sehingga sembahyang yang lain.


3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.


4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang
yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.


5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka
semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti
orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.


7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Wassalam,


"Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Dunia Mu,
Utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat Mu"

Subhanallah...
Tujuh kalimat

Sabda Rasulullah S.A.W
" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "


1. Mengucap Bismillah

pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.


2. Mengucap Alhamdulillah

pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.


3. Mengucap Astagfirullah

jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut


4. Mengucap Insya Allah

jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah

jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.


6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun

jika menghadapi dan menerima musibah..


7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah

sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari

tafsir hanafi, mudah- mudahan ingat, walau lambat-lambat
mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi
bisa, karena sudah biasa!

9 jenis syaitan

bagai peringatan kita setiap hari dimana syaitan2 kurang ajar ini mengganggu hidup
harian yang mungkin selama ini kita tidar sedar hasutan mereka. Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah .

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.
Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu
.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang menda pat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.
Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).


5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi
).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9 . Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.




Dan yang terakhir ni yang paling teruk! Tidak terdapat dlm mana2 hadiths... Cuma setakat peringatan sahaja.(SCROLL DI BAWAH)



10. Isetan.
Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. terdapat di
sekitar Lembah klang, singapore, Beijing &.....
Kebaikan: Memberi potongan harga pada Karnival jualan
Keburukan: Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu
sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta.
Pesanan ;
shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an pulak. Membazir
itulah sebenarnya amalan Sy aitan

11. Hindusetan
Nie mereka2 yg menonton criter hindustan, sampai masuk waktu
sembahyang,maseh menyonggol depan
tv.....kapala keluar tanduk, tak sedar....... jadi lah hindusetan!! !



ciri lelaki sejati :)

MENCARI dan menemukan cinta sejati serta pasangan hidup sesuai memerlukan kesabaran yang bukan sedikit.

Ini kerana tidak semua teman atau kekasih yang dikenali bersedia untuk menikahi anda biarpun di penghujung sebuah perjalanan anda mengharapkan si dia lebih daripada teman biasa.

Sekian lama manusia cuba mencari makna cinta sejati. Ahli falsafah pun tidak mampu memberi jawapan memuaskan kepada persoalan ini.

Apakah ciri lelaki yang boleh dikenali untuk dijadikan teman hidup?

Bukan hanya tempoh perhubungan dengannya menjadi kayu pengukur, namun banyak aspek lain yang boleh diambil kira untuk memastikan si dia benar-benar bakal pasangan hidup anda.

Bagi yang masih mencari dan terus mencari lelaki idaman, mungkin pandangan berikut boleh dijadikan panduan dalam menilai lelaki sebenar untuk dijadikan teman sejati:

· Lelaki sejati bukan dilihat daripada bahunya yang kekar, tetapi daripada kasih sayangnya pada orang di sekitarnya.

· Lelaki sejati bukan dilihat daripada suaranya yang lantang, tetapi daripada kelembutannya mengatakan kebenaran.

· Lelaki sejati bukan dilihat daripada jumlah sahabat di sekitarnya tetapi daripada sikap bersahabatnya dengan orang lain.

· Lelaki sejati bukan dilihat daripada bagaimana dia dihormati di tempat kerja tetapi bagaimana dia dihormati di dalam rumah.

· Lelaki sejati bukan dilihat daripada kerasnya pukulan tetapi daripada sikap bijaknya memahami persoalan.

· Lelaki sejati bukan dilihat daripada dadanya yang bidang tetapi daripada hati yang ada di sebaliknya.

· Lelaki sejati bukan dilihat daripada banyaknya wanita yang memuja tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya.

· Lelaki sejati bukan dilihat daripada jumlah tanggungjawab yang dipikul tetapi daripada tabahnya dia menghadapi liku kehidupan.

· Lelaki sejati bukan dilihat daripada rajinnya dia membaca kitab suci tetapi daripada konsistennya dia melaksanakan apa yang dibacanya.

Jika anda berasa lelaki yang didampingi itu benar-benar memenuhi piawaian ditetapkan atau memang jodoh tersurat dengannya, mungkin anda boleh mulakan bicara untuk membuka mindanya berbincang mengenai masa depan dan perkahwinan.

Namun, banyak perkara harus diambil kira contohnya:

· Pasangan yang diajak mengahwini anda mungkin pandai merayu tetapi tidak mampu mempertahankan hubungan.

· Hati-hati dengan pasangan yang hanya menabur janji atau sering menghulur hadiah, namun tidak dapat memberikan sokongan pada saat diperlukan.

· Carilah pasangan yang boleh memberikan rasa tenang selain sentiasa bersedia membantu pada saat tertekan dan penuh emosi atau ketika susah mahupun senang.

Suatu tazkirah: LOCENG TU TAK PAYAHLAH!

“Beritahu menantu kita tu, jangan pakai gelang ada loceng,” ujar ayah kepada emak suatu ketika dahulu supaya menegur menantu barunya yang memakai gelang berloceng. Alhamdulillah, ipar saya itu tidak lagi memakai gelang berloceng.


Ayah juga pernah menegur cucunya yang memakai gelang kaki berloceng. Dan alhamdulillah juga, anak saudara saya itu tidak lagi memakainya. Sememangnya, ayah amat bertegas dalam hal ini.


Saya juga telah menegur adik-adik perempuan di pejabat yang memakai gelang loceng ini (no offence). Bukan suka-suka saya menegur, tetapi ini perintah daripada Rasul sendiri. Jika saya yang telah tahu hukumnya, maka berdosalah saya jika tidak menyampaikan ajaran baginda SAW. Saya tidak mahu menanggung dosa itu. Setelah menegur, terpulanglah kepada iman masing-masing.


Saya kira memang masih ramai perempuan yang jahil dan tidak mengambil berat dalam soal barang kemas berloceng ini. Atau ada juga sudah tahu hukumnya, tetapi sengaja bersikap acuh tak acuh? Wallahua’lam.


Dan saya sendiri, suami pernah menghadiahkan saya seutas gelang yang tiada loceng, tetapi mempunyai aksesori di sekelilingnya hingga menimbulkan bunyi bergerincing seperti loceng, saya terus mencari playar dan mencabut satu persatu aksesori itu (walaupun saya tidak memakainya). Sesungguhnya bunyi sedemikian akan menarik perhatian lelaki lain kalaupun tidak syaitan.


Kepada perempuan-perempuan di luar sana, buangkanlah loceng yang ada pada barang kemas anda itu jika anda benar-benar mahukan rahmat Allah! Sesungguhnya Rasul SAW sangat melarangnya!


Apa pun, saya mahu ingatkan kaum lelaki dalam hal ini, sebagai ketua keluarga prihatinlah apabila memilih dan menghadiahkan barang kemas kepada isteri atau anak-anak perempuan! Andainya ada loceng walaupun saiznya sekecil kacang hijau di sisi keluarga kita, akan terhalanglah malaikat rahmat daripada mendampingi kita sekeluarga. Wallahua’lam.

Petikan hukum di bawah ini saya petik dari laman web Jabatan Agama Islam Selangor:

Hukum memakai gelang kaki dan tangan berloceng

Soalan 11
Apakah hukumnya memakai dengan gelang kaki/tangan yang berloceng ?

Jawapan:
Merujuk kepada kitab Bahrul Mazi, (ringkasan Sahih al-Tarmizi), memakai loceng adalah ditegah oleh syarak kerana bunyi loceng itu menyebabkan tiada malaikat Rahmat mendekatinya. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang dikeluarkan oleh Abu 'Isa al-Tirmizi yang maksudnya:
"Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Tiada menyertai malaikat Rahmat bersama jamaah (kumpulan) yang ada di dalamnya anjing dan loceng."


Oleh yang demikian, elakkanlah dari memakaikan gelang kaki/tangan yang ada loceng pada anak perempuan.


Dikemaskini (11 Apr 2008 : 09:05 AM)
(SUMBER: http://soaljawab.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=154&Itemid=47)

Waktu gempa sama dgn ayat & surah dlm Quran...

MasyaAllah
Bismillah
Allahummasolli'alamuhammad wa'alaalimuhammad Salamun 'alaikum


“Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qur’an!” demikian bunyi pesan singkat yang beredar.
Siapa pun yang membuka Al-Qur’an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayatayat Allah Swt
tersebut:

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”


17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “ Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”


8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”
Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.

sumber; eramuslim

How technology changed us !!!!



KEMBALI

salam..

da lama x bukak blog..
xde pe yg best dalam hidup..
tapi..

nk tengok perubahan hidup kawan2
termasuk diri sendiri..

:)