Gadis,gitar dan akustik???kalau dengar msti ingatkan Yuna.. nyanyi sambil main gitar.... mmg aku minat kat Yuna punya lagu.. dan disebabkan itu jugak, aku ada terbaca dalam Malayapark.com. pasal gadis2 yang seangkatan dgn Yuna punya muzik.. so aku copy jer.. diaorg punya lagu pon bleh layan jugak.. :)
Dan sebenarnya ku mengharapkan……. boleh dikatakan hampir semua anak-anak muda demam dengan lagu2 Yuna. Sesiapa yang tidak kenal Yuna tu mari sini aku nak bagi penampar sedas dua. Yunalis binti Zarai atau nama popularnya Yuna berusia 23 tahun mula berjinak2 dengan dunia hiburan seawal usia 14 tahun dimana dia mula bermain gitar dan menulis lirik2 lagu. Dia yang berasal dari Alor Setar, Kedah memiliki suara yang cukup unik. Seakan-akan Feist penyanyi dari Canada, dan juga merupakan Influence kepada Yuna dan ada sedikit sound like Kate Nash. Nama Yuna melonjak naik apabila lagu2 dia kerap di mainkan di stesen-stesen radio tempatan dan wajahnya kerap kali keluar dikaca television. Show pulak tak payah cerita la kalah Mawi. Dan Sebenarnya, Deeper Conversation, Rocket, Oh Bulan dan Backpacking Around Eroupe antara lagu2 beliau yang popular.
http://www.myspace.com/yunaroomrecords
Dari Yuna kita pergi ke Ana Raffali. Gadis yang berusia 24 tahun ini mmemang gemar memakai baju kebaya dan kain batik ketika membuat show memang ayu. Mula memengang dan bermain gitar ketika belajar di Universiti tempatan sekadar suka-suka sahaja. Dan menyedari suaranya begitu sedap sekali dan secara seriusnya belajar bermain gitar. Lagu Hujan bunga di Kuala Lumpur kerap kali dimainkan di xfm dan secara tidak langsung telah memperkenalkan nama Ana Raffali. Apabila peminat2nya mula sibuk mencari muat turun mp3 Ana Raffali dengan percuma. Isk2. Selain Hujan Bunga di Kuala Lumpur Ana Raffali ada juga menulis berbelas2 lagu lagi, sebenarnya banyak juga lagu yang dia tulis dan nyanyikan. Banyak sangat sampai tak tersenarai. haha(malas benornye nak tulis). Lagu2nya seperti Hujan Bunga di Kuala Lumpur, Mekanika, Dan Kubiarkan kau terlepas, Tingkap Kaca, Masih, Lovely Lovely Scene dan banyak lagi.
http://www.myspace.com/anaraffali
IZZY MOHAMEDKita lompat lagi. Memperkenalkan Izzy Mohamed seorang lagi penyayi kegemaran aku. Suara memang besh. Bermula sebagai penyanyi dalam band yang dikenali sebagai Cultural Cocktails pada tahun 2001 akan tetapi band ini tidak bertahan lama, dia kemudiannya telah di offer oleh kawannya join band Escaping Monday sebagai bass, walaupun kurang pengetahuan tentang alat muzik bernama Bass ini namun dia tetap dengan nekadnya belajar bermain Bass, nasibnya sama seperti band Cultural Cocktails apabila setengah dari ahli band telah pergi ker luar negara dan kemudian ahli2 band ini berpecah. Selepas itu dia join pula band Ziel sebagai bass juga dan dalam masa yang sama dia mula menulis lagunya sendiri. Pada tahun 2004 dia dengan yakinnya mula menarik diri dari band Ziel dan bergerak secara solo sebagai penulis lagu dan penyanyi. lagu2 yang dihasilkan Closed Door, Home, Sleep, dan Pelangi.
http://www.myspace.com/izzymohamed
BEEHABeeha dan pari-pari kertas. Pernah dengar lagu ni? kalau tak pernah pergi dengar sekarang!! Rugi siapa yang tak dengar. Aku suka dengan suara dia. Tidak macam Yuna, Ana Raffali atau Zee avi tp macam Beeha. Maknanya lain dari yang lain. Umurnya awal 20+ mungkin dan menetap di Shah Alam. Liriknya penuh dengan fantasi dan maksud yang mendalam. Dia mengelarkan dirinya sebagai pari-pari kertas yang tergelincir dari langit ketujuh, membikin muzik Alt-Pop dan Irama Asli untuk mencari cukup uwang supaya boleh menyewa roket untuk naik kembali ke tempat asalnya…(aku copy dr ms dia jer ahak!). Beeha merupakan Pelajar Sarjana Muda Komunikasi Massa di Universiti Teknologi Mara (UiTM) mula berlajar bertatih dalam dunia hiburan ni pada tahun ini seawal bulan Mei. Antara lagu2nya Tanpa Bintang, Pari-pari Kertas, Kelkatu, Inilah aku dan Kalau kau mengerti.
http://www.myspace.com/beeha3
http://www.myspace.com/beeha3
http://www.myspace.com/waniardy
------------------------------------------
Dan disebabkan Yuna jugalah aku mula meminati Acoustic, Folk, Pop Rock, dan mula mencari penyanyi2 lain didalam Malaysia yang sama seperti Yuna jadi mereka2 inilah aku temui dan jatuh cinta dengan music mereka. Peace!!



No comments:
Post a Comment