Saturday, September 20, 2008

Mana kawan2 aku!! + kerja

salam
alooooooooooo...
dah lm x tulis blog...komputer rosak.so stop jab. nih pon aku pinjam mmber pyer.Xde pe yang menarik untuk dikongsi bersama.. aku boring tahap cipan ni.asal la gaji lmbat msuk. klu x bleh la ronda2 ker,jalan2 ker..

mn peginyer kawan2 nih..kejab ada kejab ilang...kadang2 aku terpikir gak..klu la hidup xberkawan/berteman.. alangkah sunyinyer idup ini..stakat chatting,email,msj tu xcukup untuk ilangkan rasa sunyi.. tul la orang ckp, zaman study la yg paling best..sekolah ker,ipt ker..
klu dah keje cam aku ni, asyik pk kerja kerja kerja... bosan jgk.. tp 2 jugak la matlamat org2 study nih.so aku dah dapat..syukur..

skrg nih aku tgh pk kan cmana nak mengembalikan nostalgia zaman study dulu ke dalam tempat keje..kat opis aku slalu gak wat hu ha cam dlm kelas dl. dok kacau orang wat keja. usik2 budak2 opis.. merapu2 skit.. wat lawak skema..sayang2 ckit.. Alhamdulillah smua bleh terima.walaupon kat opis 2 ada yang umur depa,-"masa aku dajah 5, depa dah stat keja".

kadang2 sampai depa panggil aku budak dajah 5... bila aku kacau bdk2 pempuan(akak2),depa kata aku menggatai..tapi...
ada sorang akak ni ckp,diaorang kata jer cam2 kat aku, tp sebenarnya diaorang tau aku cmana..
sjuk ati bila dgr akak ni ckp cam2..xde la risau sgt. tkot la diaorang pk lain - mybe diaorg pk aku ni lelaki buaya tembaga ker ape ker..

xpe la,yg penting hakikatnya.. aku paling muda kat office aku...:)
ok la, cau dl..
daa
salam..

Thursday, September 11, 2008

Ku Mahu Kau Tahu - HUJAN

Di sudut termenung jauh
Mengenangkan nasib kita
Kita miliki separuh
Berbentuk hati cinta namanya

Walau kau jauh
Ku sentiasa menunggumu
Inginku imbas kembali memori
Walau kau jauh
Ku berjanji kan terus tunggu
Dipisah lautan biru
Ku mahu kau tahu
Aku kan terus menunggu

Jaga benar gambarku dalam telefon bimbitmu
Jangan pernah sekali kau buang
Seperti cinta ini yang terbuku
Akan bersemi jua

(chorus)

Terus menunggu
Kita kan bersatu
Terus menunggu
Ku mahu kau tahu

CIRI2orangYANGmencintaiMU

1. Orang yang mencintai kamu tak pernah memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu yang dia tahu di matanya hanya ada kamu satu2nya.
2. Kalau kamu sudah memiliki kekasih dia tak peduli,yang penting bg dia kamu bahagia dan kamu tetap impiannya.
3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu seadanya,dimatanya kamu selalu yang paling cantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah berlebihan atau kamu rasa gemuk.
4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini,dia ingin tahu kegiatan kamu.
5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti "slmt pagi","slmt hari minggu","selamat malam" walaupun kamu tidak membalasnya.
6. Kalau di hari ulang tahunmu,kamu tidak mengundangnya setidaknya dia akan menelefon utk mengucapkan selamat atau mengirim pesan.
7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingati setiap hari yang dia lalui bersama kamu,bahkan mungkin hari yang kamu sendiri sudah lupa setiap detiknya kerana saat itu adalah sesuatu yang berharga buatnya.
8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata2 yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata2 yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya.
9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menyukai lagu-lagu kesukaanmu,bahkan mungkin meminjam CD/cassette kamu,kerana dia ingin tahu apa kesukaanmu,kesukaanmu kesukaannya juga.
10. Kalau terakhir kali kamu bertemu kamu sedang sakit mungkin flu,pening,atau sakit gigi,beberapa hari kemudian dia akan mengirim sms dan menanyakan keadaanmu kerana dia risau akan kamu.
11. Kalau kamu beritahu padanya kamu akan menghadapi ujian dia akan menanyakan bila ujian itu, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan sms "good luck" untuk memberikan semangat pada kamu.
12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu adalah sesuatu yang biasa,tetapi itu adalah suatu barang yang istimewa buat dia.
13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat saat sedang berbicara ditelefon dengan kamu,sehingga kamu menjadi bingung,saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggoncang dunianya.
14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat denganmu dan ingin menghabiskan hari2nya bersama mu.
15. Jika kamu kena berpindah ke tempat lain,dia akan memberikan nasihat supaya kamu sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling yang mungkin akan membawa pengaruh buruk bagimu.
16. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
17. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang pelik seperti menelefonmu 100 kali dalam sehari,atau membangunkanmu ditengah malam untuk mengirim sms atau menelefonmu kerana saat itu dia sedang memikirkanmu.
18. Ketika orang yang mencintai kamu sedang merindukanmu dan melakukan hal2 yg membuat kamu merasa rimas atau gila dan kamu memberitahunya tindakannya membuatkan kamu terganggu dia akan meminta maaf dan tak akan mengulanginya lagi.
19. Jika kamu memintanya untuk mengajar kamu sesuatu,dia akan mengajar kamu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang paling bodoh di dunia!
20. Tika kamu melihat handphonenya,namamu menghiasi sebagian besar "INBOX" nya dan dia masih menyimpan msg kamu walaupun pesan itu sudah kamu kirim sejak berbulan2 bahkan bertahun2 yang lalu.
21. Dan jika kamu menghindarinya atau menolaknya,dia akan menyedarinya dan menghilangkan diri kehidupanmu,walaupun hal itu membunuh hatinya.
22. Jika saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan,dia akan ada di sana menunggumu kerana dia tak pernah mencari orang lain.Ya... dia tetap akan menunggumu.
Adakah org yg berada disi mu sekarang melakukannya dgn cara2 seperti di atas?
Kalau ada,jgn mensia-siakan org tersebut..kamu akan menyesal melakukannya kerana ia hanya akan datang sekali seumur hidup...

DIRI & TARIKH LAHIR ...

Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama. 2.
Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.
3.
Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan.
4.
Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.
5.
Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi. Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan. Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain. Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.
6.
Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani. Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.
7.
Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur. Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.
8.
Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian. Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.
9.
Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.
10.
Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji. Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi. Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya. Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya. Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan. Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.
11.
Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap B***h dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.
12.
Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya. Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain.
Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman
antu semua tryla baca ...pastu tryla tengok diri sendiri tu tentang khasiat dan kelebihannya...insyallah//

Tuesday, September 9, 2008

bukak posa lagi..


emm, mlm ni aku bukak posa ngn minah ni & Aweeen.. tp gmbr ni x sama ngn dia skrg..
sbb dia sakit mata, so mata dia bengkak la.. cian kat kak ema..
emm, rini xde pe story pon.. tp mlm td kiteorang ngumpat bos kiteorang hahaha
xpe la yg penting happy..hidup bahagia..


atas ni gmbr aween.. mmber mengumpat aku..hehe.. segak kan ?:P tp dah xleh ngorat la sbb dia ni mmber orang umah aku..
emm.. nth la.. kadang2 mengumpat ni membolehkan kite mengenali antara satu sama lain..
ambik la yg positif untuk jadikan teladan...
ok daaaaaaa salam..

Monday, September 8, 2008

lonely..


rini aku buka posa sorang2..
bosannyer..
xpe la wat camane..
nasib badan..



MOTORKU..



motor aku kt KL



motor aku kat KEDAH

BORING..+ bosan..


Hari2 yang memboringkan...
ntah la.. boring sungguh ari nih.. xtau apa nk buat.. tapi elok jgk.. dah teramat boring.. aku kemas la bilik member2.. hahaha.. rajin sungguh. xpela.. buat kebajikan di bulan puasa :)

mlm ni aku xgayut ngn orang umah aku.. dia tido awal la rini.. xpe la cian dia.. letih la 2.. so mlm ni xde la romantik2..

emm nk chatting xde orang pon yg on9.. ahhhhhhhhhh bosan la plakkkkk.. sabar je la...

sebenarnya aku mengharapkan sesuatu dari DIA..nth la, aku rasa diri aku semakin jauh dari DIA.. kadang2 ingat kadang2 x.. Aku pun risau jugak..apa yg aku harap adalah ketenangan jiwa.. aku xdapat sepenuhnya lagi.. Ya Allah..mudah2an kau bukalah pintu hatiku untuk mendapat ketenangan dariMu.. Aminn..

Saturday, September 6, 2008

KENANGAN TINGGAL KENANGAN

Nape bile aku tengok gambar ni jer, aku terkenangkn kawan2 kat poli:) nth la.. mn peginyer Suria..mn hilangnyer mirul,Aina besaq lg ka..apa bang long(nasir) buat, apa syam duk pikiaq,x ingat kat aku lg ker si IJA nih...

kepada suria,jg la diri elok2, ingat2 kat kawan2 sm..jgn sampai malu anda itu merugikan diri sendiri.. hehe.mirul plak..mlm merdeka ri2,kite p ronda2 A.star,ingat dpt tgk bunga Api,tapi habuk pon takdak !! xpe la jnji kmi dpt jgk berjmpa aku,mirul,sym..ilang la rindu skit kat kawan2..

emm, syam plak, sibuk memanjang.. ak blk kedah ja, mesti duk kat UUM.. nk ajak karaoke pon xbleh.. dia dah ada "IBU" kat sana kot hahaha..gurau ja.
papepon dialah sahabat paling BEST ms aku study dl2......
si Ija ni plak..asyik tukaq no fon ja ..! cmana la kawan2 x lost contact.. tp xpe la, klu xingat kat aku pon, ingat la kat kawan2 lain..

buat kawan2 semua..aku rindu kat korang..bilelah kite nk buat reunion.. dapat berkumpul cam gmbq kat bwh ni pon jadi la :::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

papepon, aku nk ucapkan terima kasih kepada korang semua..kerana telah menjadi sebahagian dalam hidup aku..harap dapat berjumpa lagi..mengembalikan kenangan yg terindah antara kita semua.. aminn...

Diakah yg bergelar sahabat??


Kaukah yg kunamakan sahabat?

Utk mereka2 yg kaki fitnah + kaki kencing + kaki nk musnahkn hdp org len..
amik ni wt pedoman...
dn ingin sekali daku bertanye,
kenape kalian tega berbuat demikian?
salahku kalian dendamkn kh?
atau bahagia ku yg kalian irikan??
tp ign sekali daku berpesan, silap dgn tuhan, taubat dipinta..
tp silap sesama msia yg telah kalian rosakkan, berampunkah???

cuma yg pasti...
tdk pnh aku diajar utk hdp dgn dndm,
mbsr dgn dengki,
mati dgn iri..
tdk...
krn itu, tiada pnh ada rasa itu dihati...
tdk akn pnh skali2...
tp pastinya ada jiwa yg kalian tlh rosakkan...
ubatilah ia kmbli...
ubatilah jiwanya..."

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah Manusia Itu Mengira Bahawa Mereka Dibiarkan Saja Mengatakan;
"Kami Telah Beriman," Sedangkan Mereka Tidak Diuji?
Dan Sesungguhnya Kami Telah Menguji Org2 Yg Sebelum Mereka,
Maka Sesungguhnya Allah Mengetahui Org2 Yg Benar
Dan Sesungguhnya Dia Mengetahui Org2 Yg Dusta."
-Surah Al-Ankabut Ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh Jadi Kamu Membenci Sesuatu Padahal Ia Amat Baik Bagimu,
Dan Boleh Jadi Pula Kamu Menyukai Sesuatu, Padahal Ia Amat Buruk Bagimu,
Allah Mengetahui Sedang Kamu Tidak Mengetahui."
-Surah Al-Baqarah Ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI UTKKU?
"Allah Tidak Membebani Seseorang Itu Melainkan Sesuai Dengan Kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah Ayat 286

RASA FRUST?
"Jgnlah Kamu Bersikap Lemah,Dan Jgnlah Pula Kamu Bersedih Hati,
Padahal Kamulah Org2 Yg Paling Tinggi Darjatnya,Jika Kamu Org2 Yg Beriman."
- Surah Al-Imran Ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai Orang-Orang Yang Beriman! Bersabarlah Kamu (Menghadapi Segala Kesukaran Dalam Mengerjakan Perkara-Perkara Yang Berkebajikan),
Dan Kuatkanlah Kesabaran Kamu Lebih Daripada Kesabaran Musuh, Di Medan Perjuangan),
Dan Bersedialah (Dengan Kekuatan Pertahanan Di Daerah-Daerah Sempadan)
Serta Bertaqwalah Kamu Kepada Allah, supaya Kamu Berjaya(Mencapai Kemenangan)."
-Surah Al-Imran Ayat 200


"Dan Mintalah Pertolongan (Kepada Allah)
Dengan Jalan Sabar Dan Mengerjakan Sembahyang;
Dan Sesungguhnya Sembahyang Itu Amatlah Berat Kecuali Kepada Orang-Orang Yang Khusyuk"
-Surah Al-Baqarah Ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah Telah Membeli Dr Org2 Mu'min, Diri, Harta Mereka Dengan Memberikan Syurga Utk Mereka...
-Surah At-Taubah Ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah Bagiku, Tidak Ada Tuhan Selain Darinya. Hanya Kepadanya Aku Bertawakkal."
-Surah At-Taubah Ayat 129

AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
"Dan Jgnlah Kamu Berputus Asa DrRahmat Allah.

Sesungguhnya Tiada Berputus Asa Dr

Rahmat Allah Melainkan Kaum Yg Kafir."
-Surah Yusuf Ayat 12

"Doa kala malamku, dlm tangis daku berseru..."

-saat ini cabaran begitu menduga, dtg dr kiri dn kanan, putus asa menghampiri diri, tp percaya pd rahmat dn kuasa tuhan tdk pernah berakhir..hrpn pd Allah tdk pernah pts, lalu pertolongn tiba...begitu Allah meleraikan segala kekusutan..syukur pd-Mu Ya Allah...-

Friday, September 5, 2008

Kertas - Kekasih Yang Tak Dianggap

Aku mentari tapi tak menghangatkanmu
aku pelangi tak memberi warna di hidupmu
aku sang bulan tak menerangi malammu
aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan

selalu itu yg kau ucapkan padaku

reff:
sebagai kekasih yang tak dianggap
aku hanya bisa mencoba mengalah
menahan setiap amarah

aku sang bulan tak menerangi malammu
aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan

repeat reff

sebagai kekasih yang tak dianggap
aku hanya bisa mencoba bersabar
ku yakin kau kan berubah

repeat reff

BuKaK pOsA

LIHATLAH MINAH DI SEBELAH NI...
SUDAH 2 ARI AKU BERBUKA POSA DENGAN BELIAU..
NASIB BAIK BELIAU SUDI HEHEHEHE.. DIALAH AKAK NURUL..
JIRAN AKU KAT OPIS :P
KITEORANG BUKAK POSA KAT OPIS JER..
MLM TD MKN NASI GORENG IKAN MASIN..
MASIN GILER.....................
MMG LA MASIN DAH NM PON NASI IKAN MASIN...
HEHEHE.. DAH LA NASI DATANG LAMBAT..
XPE LA.. SABAR JE LA..
PAPEPON, SEMUA TU MENGUJI KEIMANAN KITEORANG..
ALHAMDULILLAH..

SALAM RAMADHAN

ASSALAMUALAIKUM..

SEMPENA BULAN RAMADHAN INI,
AKU MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA KEPADA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA,
SEMOGA RAMADHAN KALI INI LEBIH SEMPURNA DAN LEBIH BERMAKNA BUAT KORANG SEMUA..
INSYAALLAH..
AMINNN..

Wednesday, August 27, 2008

mengintai langit - coco


Setiap hariku tulis
Yang Ku telah jatuh cinta
Tapi ku rasa bersalah
Tidak ku nyatakan ... padamu....
Adakah engkau merasa
Apa yang sedang kurasa
Kepada tancap asmara
Harapnya kau dah terima


Chorus.

Maafkan aku kerna menyintamu
Maaf jikaku tak padan denganmu
Tapi ku berjanji
Kau juita hati
Akan ku jaga hingga akhir nanti


Maafkan aku terus memujamu
Maaf aku yang terlanjur merindu
Didalam hujan renyai
Aku mengintai langit
Mengharap engkau akan setuju
Menyintai aku....

Menyanyi dan bisikkanlah sayang
Baiknya kau dalam jiwa
Tak tahan rasanya menanggung kasmara
Agar dapatku lelapkan mata...
Mengkhayalkanmu, bermimpikanmu sepanjang malamku.

Sunday, August 24, 2008

7 alasan mengapa saintis percaya wujudnya tuhan

Artikel dari Mr. Cressy Morisson, bekas Presiden 'New York Academy Of Sciences' yang pertama kali terbit di dalam Reader's Digest Januari, 1948 ;kemudian dengan sokongan Professor C. A. Couldson, F. R.S. Profesor Matematik di Universiti Oxford ianya telah diterbit semula di dalam Reader's Digest November 1960. Rencana ini membuktikan para saintis mengakui betapa perlunya kehadiran tuhan yang maha Pencipta.
Kita masih lagi berada dalam keheningan subuh zaman saintifik dan setiap peningkatan sinar mentari membawa petunjuk akan keagungan maha pencipta.Setelah 90 tahun sejak Darwin membuat penemuan dengan semangat sains kemanusian dan dengan kepercayaan kepada pengetahuan yang semakin hampir kita dekati menyebabkan kita semakin bertambah yakin dengan adanya Tuhan.
Untuk diri saya, saya telah menghitung 7 alasan untuk menyimpulkan kepercayaan saya ini.

Pertama : dengan menggunakan hukum matematik kebarangkalian, kita boleh membuktikan bahawa alam ini telah direkabentuk dan dicipta dengan kejuruteraan yang maha bijaksana. Jika anda ambil 10 keping wang syiling dan tandakan dari 1 hingga 10, kemudian masukkan ke dalam poket anda dan gaulkan syiling2 tersebut. Sekarang anda cuba anda mengambilnya secara teratur dari no. 1 hingga 10 dan masukkan kembali syiling2 tersebut dan gaulkan mereka kembali, Secara matematik, kita tahu bahawa kebarangkalian anda untuk mendapatkan syiling bernombor 1 adalah 1 dalam 10, peluang untuk mendapatkan no. 1 dan no. 2 secara berturutan adalah 1 dalam 100 dan peluang untuk mendapatkan 1, 2 dan 3 secara berturutan secara berterusan adalah 1 dalam 1000 dan begitulah seterusnya. Peluang anda untuk mendapatkan no. 1,2,3,4,5,6, 7,8,9 dan 10 secara berterusan adalah 1dalam 10 juta kali.
Mengikut kaedah yang sama, terlalu banyak keadaan yang ideal dan optima yang diperlukan di dalam kehidupan di atas bumi ini dan ianya pasti tidak akan wujud jika ianya terjadi dengan sendirinya, Bumi berpusing pada paksinya pada kelajuan 1,000 batu sejam. Jika ianya berpusing pada kelajuan 100 batu sejam, hari2 dan malam2 bumi akan menjadi 10 kali lebih lama dari sekarang,dan kepanasan matahari akan membakar seluruh tumbuhan pada waktu siang dan pada waktu malam pula, kehidupan yang ada ini akan membeku.
Matahari, sumber kehidupan ini, mempunyai suhu permukaan sebanyak 12,000 darjah Fahrenheit dan dunia ini mempunyai jarak yang optima jika dibandingkan dengan matahari supaya pancaran matahari sekadar cukup untuk memanaskan dan tidak terlalu berlebihan. Jika matahari memancar cahaya dengan kadar sebanyak 50% kurang dari yang ada sekarang, kita akan kebekuan dan jika ianya memancarkan 50% lebih pancaran, kita akan terbakar.
Kecondongan bumi sebanyak 23 darjah memberikan bumi 4 musim, jika bumi tidak condong sebanyak itu, wap dari lautan akan bergerak menuju utara dan selatan dan akan menyebabkan benua2 akan menjadi benua air batu. Jika bulan yang kita ada sekarang cuma berjarak sejauh 50,000 batu dari bumi dari jarak sebenarnya sekarang, air pasang surut dari lautan akan menjadi terlalu besar di mana dalam 2 kali sehari, seluruh benua di bumi akan ditenggelami air dan gunung ganang pun akan terhakis sama sekali. Jika lapisan teras bumi menjadi 10 kaki lebih tebal dari yang ada sekarang, ianya akan menyebabkan tiada lagi oksigen yang akan wujud di mana semua kehidupan akan mati. Jika lautan menjadi beberapa kaki lebih dalam dari yang ada sekarang, karbon dioksida dan oksigen akan terlarut semuanya di dalam lautan dan akan menyebabkan tiada tumbuhan lagi akan wujud. Atau jika atmosfera kita menjadi semakin tipis, sebahagian dari meteor akan terbakar di angkasa dan di bumi sebanyak berjuta2 kali dalam sehari dan akan mengenai bumi dan menyebabkan kebakaran di mana-mana jua. Disebabkan alasan-alasan di atas, tidak ada kemungkinan satu dalam berjuta-juta pun bahawa kehidupan di atas planet bumi ini terjadi secara kebetulan.
Kedua: Keadaan kehidupan itu sendiri untuk menyempurnakan tujuan kehidupan itu sendiri adalah menesfitasi akan kewujudan yang maha bijaksana. Kehidupan itu sendiri, tiada manusia yang benar2 mengerti tentang pengertiannya. Ianya tidak mempunyai berat atau dimensi, tetapi ianya mempunyai kekuatan dan daya: akar yang hidup akan memecahkan batu.
Kehidupan telah menguasai air, daratan dan udara, telah menguasai elemen dan telah membentuk dan melarutkan elemen dan membuat perubahan kepada kombinasi mereka. Kehidupan, pencipta yang telah membentuk semua kehidupan yang ada,artis yang merekabentuk setiap daunan untuk setiap pohonan dan mewarnakan setiap bunga yang ada. Kehidupan adalah ibarat pemuzik dan membuat setiap burung mempunyai lagu2 cinta mereka sendiri, serangga akan memanggil sesama mereka dalam nada beraneka mereka sendiri.
Kehidupan adalah ahli kimia yang agung, memberi rasa kepada setiap buah-buahan dan rempah ratus, dan memberi bauan kepada mawar dan bunga-bungaan lainnya, merubah air dan asid karbonik menjadi gula dan kayu dan dengan membuat demikian,menghasilk an oksigen agar setiap haiwan dapat hidup benafas. Awas, setiap tumpahan protoplasma yang hampir tidak kelihatan, lutsinar dan berbentuk seperti agar2 mampu bergerak dan mandapatkan tenaga dari cahaya matahari. Kehidupan satu sel ini menyimpan mikro-organisma kehidupan itu sendiri dan mempunyai tenaga untuk mengagih-agihkan kehidupan kepada setiap benda bernyawa amat berkuasa tetapi telalu kecil. Kuasa pada setiap tumpahannya adalah lebih besar dari tumbuhan, haiwan dan manusia itu sendiri, kerana setiap kehidupan adalah bermula darinya. Alam semula jadi tidak dapat mencipta kehidupan: batu-batuan yang panas dan kemasinan laut tidak dapat memenuhikeperluan kehidupan.
Tetapi,siapakah yang telah mengwujudkan kehidupan itu sendiri?
Ketiga: Kebijaksanaan haiwan itu sendiri telah menyuarakan akan keagungan maha pencipta yang mamasukkan naluri kedalam haiwan. Ikan Salmon menghabiskan beberapa tahun usianya di dalam lautan, akhirnya akan kembali kepada asal usul sungainya: akan berenang untuk kembali kepada sungai dan habitat di mana ia telah dilahirkan. Apakah yang menyebabkan mereka kembali ke tempat asal mereka dengan begitu tepat sekali?
Jika anda mengubah ikan tersebut kepada habitat lain, ikan ini akan mengetahui bahawa dia telah tersalah haluan dan akan berusaha sekali lagi untuk berenang menentang harus untuk menghabiskan destinasinya dengan lebih tepat lagi. Adalah lebih sukar lagi untuk menyelesaikan misteri kehidupan belut. akhluk ajaib ini berhijrah apabila mencapai umur matang dari setiap kolam dan sungai di mana-mana merata dunia - dari Eropah akan menyeberangi beribu-ribu batu lautan - semuanya akan berkumpul pada lubuk yang dalam berdekatan laut Bermuda. Di sana mereka akan mengawan dan mati. Anak2 belut tanpa pengetahuan yang kita tahu kecuali hidup liar dalam lautan, walau bagaimanapun akan mengetahui jalan pulang mereka bukan sahaja persisiran pantai di mana ibu bapa mereka berasal ahkan sampai kepada setiap sungai atau kolam kecil di mana mereka berasal - menyebabkan setiap bahagian air akan sentiasa didiami oleh belut. Tiada belut Amerika yang ditangkap di Eropah dan begitu juga sebaliknya. Alam semulajadi juga telah melengahkan kematangan belut Eropah selama setahun atau lebih untuk enghabiskan jarak perjalanannya yang lebih panjang.
Dari manakah asalnya deria pengemudian mereka ini?
Keempat: manusia mempunyai lebih lagi dari naluri kehaiwanan - keupayaan untuk berlogika. Tiada haiwan yang berkebolehan untuk mengira dari 1 hingga 10 atau untuk memahami pengertian nombor-nombor itu. Di mana naluri ini adalah seumpama nota tunggal kepada seruling, indah tetapi terhad, otak manusia mempunyai kesemua nota-nota untuk semua peralatan dalam sebuah orkestra. Tidak perlu untuk menerangkan lebih lanjut tentang alasan yang keempat ini, terima kasih kepada manusia, logika ini menyebabkan manusia seperti manusia yang ada sekarang yang menerima secebis atau sedikit cetusan dari kebijaksanaan universal yang maha bijaksana.
Kelima: Kewujudan semua benda bernyawa adalah hasil dari fenomena yang diketahui pada masa ini dan tidak pada masa Darwin - keajaiban gen. Terlalu penting bagi gen yang bertanggungjawab terhadap semua manusia hidup di dalam dunia ini jika dikumpulkan di dalam suatu tempat,ruangan yang akan diambil oleh mereka tidak akan lebih dari ruangan yang diambil oleh satu jari manusia. Namun begitu, mikroskopik gen ini dan yang sebangsa dengannya kromosom, tinggal di dalam setiap sel hidup dan merupakan kunci kepada semua ciri-ciri manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Satu ruangan jari manusia adalah ruangan yang kecil untuk memenuhi kesemua ciri-ciri manusia seramai dua billion orang. Walau bagaimanapun, fakta ini tidak boleh dipersoalkan lagi. Lantas bagaimanakah gen ini mengunci ciri-ciri warisan manusia dari berbagai peringkat generasi manusia dan mengekalkan psikologi setiap individu di dalam suatu ruangan yang agak kecil?. Di sini evolusi benar-benar bermula dari satu sel yang entitinya mewarisi dan membawa gen-gen. Bagaimana beberapa juta atom, terkunci sebagai mkiroskopik lampau, boleh menguasai dunia dan ianya merupakan contoh ciri-ciri yang berasal dari Kebijaksanaan Maha Agung - hipotesis dari mana lagikah yang mampu membuat ciptaan yang sedemikian rupa?
Keenam: Melalui ciri-ciri ekonomikal, kita terpaksa mengakui bahawa hanya dengan kebijaksanaan yang tidak terbatas telah melihat dan menyediakan satu sistem pengurusan sumber yang maha bijaksana. Beberapa tahun lampau satu spesis kaktus telah ditanam di Australia sebagai pagar-pagar penghalang.
Oleh kerana tidak mempunyai serangga pemusuh di Australia, pokok-pokok kaktus ini kemudiannya membiak dengan kadar yang amat tinggi sehinggakan tumbuhan ini telah memenuhi kawasan sepanjang dan sebesar England, menghalau inhabitan ke Bandar-bandar dan perkampungan, dan memusnahkan ladang-ladang. Sebagai usaha perlindungan, pakar tumbuhan dan serangga telah menjumpai sejenis serangga yang hanya semata-mata memakan pokok kaktus ini.Ianya membiak secara bebas dan tidak mempunya musuh di Australia. Serangga ini kemudiannya menguasai tumbuhan ini dan bahaya kemaraan pohonan kaktus telah berjaya dikawal hanya dengan menggunakan serangga mampu untuk mengawal pohonan kaktus untuk selamanya. Ciri-ciri kawal dan periksa (check and balance) telah lama wujud pada alam maya ini.
Mengapakah tidak ada serangga yang pantas memakan menguasai dunia ini? Ini adalah kerana meraka tidak memempunyai paru-paru seperti yang ada pada manusia, mereka bernafas melalui tiub-tiub pernafasan. Bila serangga bertambah besar, tiub-tiub pernafasan mereka tidak membesar dengan nisbah pembesaran tumbuh mereka. Oleh kerana itu, tidak pernah ada serangga yang mempunyai tubuh yang besar dimana had-had pembesaran ini telah mengekang mereka semuanya di dalam kawalan. Jika ciri-ciri pengawalan ini tidak tersedia, manusia tidak akan wujud, bayangkan kita bertemu dengan serangga yang sebesar singa!
Ketujuh: Kenyataan manusia menerima konsep kepercayaan kepada tuhan itu sendiri adalah bukti yang paling unik. Konsep ketuhanan terhasil dari tahap-tahap manusia itu sendiri, tahap yang dipanggil sebagai pemikiran.
Dengan kekuatan daya ini, manusia dan hanya manusia mampu untuk mencari bukti perkara-perkara yang ghaib. Kekuatan ini telah mengungkap segala rahsia: sesungguhnya manusia adalah sesempurna penciptaannya maka pemikiran telah menjadi kenyataan kerohaniaan. Pemikiran mampu mengesan bukti-bukti penciptaan dan tujuan penciptaan yang hakiki dan tuhan adalah segala-galanya dan tuhan tidak pernah lebih dekat melainkan dengan jiwa manusia itu sendiri. Perkara ini adalah benar dari segi saintifiknya dan juga dari segi pemikiran yang mengungkap keagungan tuhan dan ciptaannya.

wallahu'alam.

sape sai_baba??



Wahai Kaum muslimin... Dajjal Sudah Muncul


Salah satu tanda akhir zaman yang akhir-akhir ini cukup menyedot
perhatian adalah kehadiran seorang bernama Sai Baba, dia lahir dan
tinggal di Desa Nilayam Puthaparti, wilayah timur Khurasan, tepatnya
India Selatan.

Rasulullah saw bersabda kepada kami, Dajjal akan keluar dari
bumi ini dibagian timur bernama Khurasan (Jamiu at Tirmidzi).

Abû Hurayrah meriwayatkan bahwa Nabi saw. bersabda:"Hari

Kiamat tidak akan datang hingga 30 Dajal (pendusta) muncul, mereka semua berdusta tentang Allah dan

Rasul-Nya. "


Bisa jadi Sai Baba ini adalah salah satu dari 30 dajal-dajal kecil yang akan membuka jalan bagi munculnya

al-Masîh al-Dajjâl (Dajjal nantinya akan berperang dengan imam mahdi dan di bunuh oleh nabi Isa as).

wallahu al'am..





Laki-laki ini memiliki kemampuan menghidupkan orang mati,
menyembuhkan orang lumpuh dan buta, bahkan mampu menurunkan hujan dan
mengeluarkan tepung dari tangannya. Ia juga mampu berjalan melintasi
belahan bumi dalam sekejap, menciptakan patung emas, merubah besi
menjadi emas, dan banyak lagi berbagai fitnah yang ditunjukkan oleh
Sai Baba kepada ribuan orang - bahkan - jutaan yang datang dari
berbagai suku bangsa dan agama. Saat ini laki-laki ini sudah memiliki puluhan juta pengikut..

Maka sudah saatnya bagi setiap muslim untuk mengetahui masalah ini, agar dirinya tidak menjadi korban
berikutnya dari fitnah Sai Baba ini.


"Dajjal adalah seorang laki-laki yang gemuk, berkulit merah dan

berambut keriting..."(HR.Bukhari dan Muslim)

"Diawal kemunculannya, Dajjal berkata, Aku adalah nabi, padahal tidak

ada nabi setelahku. Kemudian ia memuji dirinya sambil berkata, Aku

adalah Rabb kalian, padahal kalian tidak dapat melihat Rabb kalian

sehingga kalian mati (HR.Ibnu Majah)



Antara DAJJAL dan SAI BABA

1) Dajjal seorang laki yang berpostur pendek, gempal, berambut kribo,

berkaki bengkok (agak pengkor). Sai Baba seorang yang berpostur

pendek dan berambut kribo.



2) Dajjal memiliki mata yang buta. Sai Baba pernah mengalami kebutaan

di waktu muda kemudian sembuh kembali.


3) Dajjal datang dan bersama ada gunung roti dan sungai air. Sai Baba

memiliki kemampuan mengeluarkan vibhuti (tepung suci) dari udara

melalui tangannya.


4) Dajjal memiliki kemampuan berpindah dari satu tempat ke tempat lain

dengan depat dan kecepatannya seperti hujan badai atau secepat awan

yang ditiup angin kencang. Sai Baba memiliki kemampuan berjalan

menjelajahi bumi dalam hitungan kejapan mata.


5) Dajjal mengikuti pengikut yang sangat banyak, bahkan di akhir zaman

nanti banyak manusia yang berangan-angan untuk berjumpa dengan Dajjal.

Sai Baba memiliki pengikut yang jumlahnya puluhan juta manusia dari

berbagai macam suku, bangsa, negara dan agama.


6) Dajjal akan muncul dengan mengaku sebagai orang bijak/ baik,

sehingga banyak sekali orang yang tertarik untuk mengikutinya. Sai

Baba mengaku seabgai orang yang bijak yang membawa misi perdamaian,

cinta kasih menghapuskan segala persengketaan dengan bijaksana.


7) Dajjal akan muncul dan sebagai nabi. Sai Baba memposisikan dirinya

sebagai nabi kepada pengikut2nya.


8) Dajjal akang menggunakan nama Al-Masih. Sai Baba mengaku akan

menjelma sebagai Isa Al-Masih setelah tahun 2020.


9) Dajjal akan mengaku sebagai Tuhan. Sai Baba mengklaim bahwa dirinya

adalah Tuhan penguasa alam semesta.



10) Dajjal akan mendakwahkan agama Allah. Dalam banyak majelis

darshanya Sai Baba banyak berbicara tentang Islam, Al-Qur'an dan

keharusan untuk memahaminya.


11) Dajjal mampu menghidupkan orang mati dan menyembuhkan orang sakit.

Sai Baba memiliki kemampuan menghidupkan orang mati juga menyembuhkan

penyakit kanker.


12) Dajjal dapat menurunkan hujan. Sai Baba memiliki kemampuan

menurunkan hujan dan mendatangkan air untuk irigasi (di NTT sedang di

bangun proyek Sai Baba untuk pengairan di daerah yang kering).


13) Dajjal bisa mengeluarkan perbendaharaan (perhiasan dan harta) dari

bangunan yang roboh, lalu perbendaharaan itu akan mengikuti ratunya.

Sai Baba mampu menciptakan patung emas, kalung emas, injil mini dan

berbagai bentuk medalai berlafadz ALLAH dalam sekejap.



14) Dajjal akan membunuh seseorang dan menghidupkannya kembali. Sai

Baba bisa menghidupkan orang yang sudah meninggal dunia.


15) Dajjal bisa berpindah raga dan tempat dari satu bentuk ke bentuk

lainnya. Sai Baba bisa berpindah dari satu jasad ke jasad lainnya

yang merupakan benruk reinkarnasi dirinya.


16) Dajjal bisa membesarkan tubuhnya. Sai Baba memliki kemampuan

berjalan di udara dan membuat kemukjizatan pada sebuh pesawat terbang.


17) Dajjal biasa keluar masuk pasar dan makanan. Sai Baba juga manusia

biasa yang makan dan minum sebagaimana manusia lainnya, ia juga bisa

berjalan ke pasar, rumah sakit, proyek irigasi dan tempat lain yang

biasa dikunjungi manusia.


18) Dajjal bisa memerintahkan bumi untuk mengeluarkan tumbuh2an dan

air. Sai baba bisa mengeluarkan air dengan hentakan kakinya.



19) Dajjal tidak memliki anak. Sai Baba mandul, ia tidak beranak dan

tidak berkeluarga (tidak menikah).


20) Dajjal memimpin orang yahudi. Sai Baba memiliki misi menyebarkan

teologi zionis.


21) Dajjal muncul di zaman pertikaian. Sai Baba mengklaim bahwa ia

datang dari masa banyak pertikaian dan persengketaan, dan

kedatangannya untuk menegakkan kebenaran dan membinasakan kejahatan


wahai kaum muslimin, apa lagi yang kita tunggu,

marilah segera kita kembali kepada Allah dan rasulnya.

"Jika salah seorang diantara kalian telah menyelesaikan bacaan tasyahhud
akhirnya, hendaklah ia meminta perlindungan kepada Allah dari empat hal.

Hendaknya ia berkata : 'Ya Allah, aku memohon perlindungan pada Mu dari
siksa Neraka Jahannam, adzab kubur, fitnah (cobaan) hidup dan
mati serta
dari keburukan fitnah Dajjal."


wassalam

Hijau kuning bolot tujuh Anugerah Bola Sepak Kebangsaan

Oleh Muhamad Ashraf Tasrifin
ashpank_86@yahoo.com.my


PEMAIN Kedah menghampiri ribuan penyokong Hijau Kuning selepas berjaya menewaskan Selangor 3-2 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Kelab Penyokong Perak, Persatuan Bola Sepak NS turut menang

KEDAH mendominasi Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100PLUS - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) 2008 semalam, apabila berjaya memenangi tujuh daripada 10 kategori yang dipertandingkan.

Berbeza dengan tahun lalu apabila bilangan undi buat calon ditentukan menerusi sistem pesanan ringkas, anugerah kali ini ditentukan menerusi undi peminat di laman web rasmi FAM, www.fam.org.my.

Penjaga gol Kedah, Helmi Eliza Elias dinobatkan sebagai Penjaga Gol Popular dengan menewaskan dua calon lain - Sharbinee Allawee dari Terengganu dan Nasril Nourdin dari Perak.


Penjaga gol utama kebangsaan itu yang beraksi cemerlang ketika berdepan Chelsea bulan lalu, turut dinobat selaku Pemain Paling Bernilai selepas menerima undian paling tinggi keseluruhan dan menerima hadiah wang tunai RM2,000.

Kapten pasukan Kedah, Victor Andrag dipilih sebagai Pemain Pertahanan Popular manakala dua rakan sepasukan - Khyril Muhymeen Zambri dan Fadly Baharom masing-masing terpilih sebagai Pemain Tengah Popular dan Pemain Harapan Popular.

RIANG: Helmi Eliza Elias dipilih Penjaga Gol Popular.

Lebih manis buat Kedah, jurulatihnya Mohd Azraai Khor Abdullah turut dipilih sebagai Jurulatih Popular manakala penjaring terbanyak Liga Super, Marlon Alex James dipilih Pemain Import Popular.

Pemain Kuala Muda Naza, Liew Kit Kong muncul pemain tunggal bukan dari Kedah untuk memenangi anugerah semalam apabila dipilih sebagai Penyerang Popular selepas menewaskan dua calon lain, Zaquan Adha Abdul Radzak (Negeri Sembilan) dan Safee Sali (Selangor).

Bagi Azraai, pengiktirafan yang diterima pasukan dan pemainnya kali ini menyemarakkan lagi semangat mereka memburu kejayaan musim depan. Bekas pemain kebangsaan itu turut berasa bangga dengan pengiktirafan yang diterima Helmi.

"Pengiktirafan yang kami terima ini adalah pencetus semangat untuk memburu kejayaan musim depan. Dan saya berharap setiap pemain Kedah akan mengekalkan aksi terbaik yang sama di musim depan.

"Bagi saya Helmi memang berhak diberi pengiktirafan kerana usaha gigihnya, sebelum ini dia hanya pemain simpanan kepada Megat (Amir Faisal), tetapi selepas Megat berhijrah ke Selangor, dia mula membuktikan kemampuannya sehingga menjadi penjaga gol utama negara," kata Azraai.

Sementara itu, Kelab Penyokong Perak memenangi anugerah Kelab Penyokong Terbaik manakala Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan dipilih FAM sebagai Persatuan Bola Sepak Negeri Terbaik.

Kedah julang Piala Malaysia

Oleh Muhamad Ashraf Tasrifin
ashpank_86@yahoo.com.my

KALI TERAKHIR: Azraai (dua dari kiri) bersama dengan pemain import Kedah (dari kiri), Marlon Alex James, Bernard Huggins dan Nelson San Martin.

Tewaskan Selangor 3-2

RENTAK tari Kedah cuba diikuti, tetapi Selangor akhirnya dipaksa menggigit jari apabila gemilang jadi milik Sang Kenari yang terus bermegah dengan kemenangan 3-2 pada pertentangan final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Percaturan untuk cuba menyaingi rentak pantas Kedah dijelmakan Merah Kuning dan biarpun diakui usaha itu lebih baik berbanding ketika kecundang di final Piala FA Jun lalu, ia tidak cukup buat menghalang Kedah melengkapkan rangkulan tiga kejuaraan musim ini.

Cuma ancaman awal jadi milik Selangor apabila pada minit ketujuh, rembatan percuma Indra Putra Mahayuddin berjaya menggegar tiang kiri gol Kedah.


Penantian mereka tidak lama apabila 11 minit kemudian, berpunca daripada sepakan percuma Indra yang sekadar ditampan penjaga gol, Helmi Eliza Elias, Frank Seator paling awal meluru untuk menyepak masuk bola lantunan itu.


Tetapi Kedah bukan mudah mengalah. Selepas beberapa ancaman, termasuk dua aksi hebat Suffian Rahman mempertahankan gawang Selangor pada minit ke-29, Hijau Kuning mengikat kedudukan dua minit selepas itu apabila penyerang Kedah, Marlon Alex James lolos meninggalkan seluruh benteng lawan sebelum menolak masuk gol penyamaan.

Tidak cukup dengan jaringan itu, ledakan Nelson San Martin hasil umpanan ke belakang Khyrill Muhymeen Zambri, menyinggahi palang atas sebelum melantun turun menggegar jaring untuk Kedah di depan 2-0 seminit kemudian.

Kesilapan Mohd Razman Roslan yang cuba menggelecek di depan gawang sendiri dihukum apabila Fadly Baharom cantik menyudahkan gol ketiga Kedah pada minit ke-37.

Tandukan Seator yang terkena palang pada minit ke-60 menjelmakan petanda Selangor mahu bangkit melawan di babak kedua tetapi realitinya berbeza ketika Kedah terus menguasai untuk hampir 30 minit berikutnya bagi memaksa benteng Selangor terus bekerja keras.

Kesungguhan itu bagaimanapun dibalas apabila Safee Sali yang hampir tenggelam pada majoriti aksi sebelumnya, memilih membuat ledak lencong di luar kawasan penalti yang melepasi jangkauan Helmi Eliza dan menerjah jaring buat gol kedua Selangor pada minit ke-77.

Sayangnya, baki 13 minit permainan dan masa tambahan selepas itu agak terlambat ketika Kedah memastikan lakaran sejarah menjadi milik mereka semusim lagi apabila muncul pasukan pertama mengulangi pencapaian menakjubkan - memenangi ketiga-tiga piala utama buat musim kedua berturut-turut.

HIJAU KUNING KUASA DOMINAN


Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, menyampaikan Piala Malaysia kepada kapten Victor Andrag.


LANGIT cerah seolah-olah berubah warna malam tadi.

Tidak salah jika pencinta bola sepak ternampak jalur-jalur berwarna hijau kuning memayungi 37,000 penonton di Stadium Nasional di Bukit Jalil.

Apa tidaknya, Kedah melengkapkan musim gemilang dengan menjulang Piala Malaysia, trofi kebanggaan rakyat Malaysia dan masyarakat bola sepak tempatan.

Sang Kenari terbang tinggi, membunuh ego Gergasi Merah Kuning yang membuka tirai jaringan seawal minit ke-18 menerusi Frank Seator.

Sepakan percuma Indra Putra Mahayuddin menuju gawang dan penjaga gol Helmi Eliza Elias, yang beberapa jam terdahulu diisytihar Pemain Paling Popular dalam majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan, sekadar menampan bola ke kaki Seator yang menyambar peluang itu dengan senang hati.

Namun Kedah bukan calang-calang pasukan. Dengan Nelson San Martin menjadi kemudi tengah membekalkan peluang kepada Marlon James dan Khyril Muhymeen Zambri, hantaran dan pergerakan Hijau Kuning lebih kemas.

Menerusi satu umpanan tepat Nelson, Marlon meloloskan diri sebelum menyepak jaringan penyamaan dengan tenang pada minit ke-32.

Belum sempat Selangor bangkit bernafas semula, Kedah menghukum kealpaan benteng pertahan Merah Kuning seminit kemudian.

Percubaan Khyril Muhymeen Zambri ditampan Evans Chisulo dan bola yang berlegar sekitar luar petak penalti itu pantas disambar oleh Nelson yang melihat tendangannya mencecah jaring Suffian Abdul Rahman.

Lima minit kemudian gol Selangor bocor lagi. Tertekan, bek Selangor Razman Roslan tersilap umpan kepada Fadly Baharom, Pemain Muda Paling Popular 2008, yang terus menyepak tinggi menewaskan Suffian.

Dengan kedudukan 3-1 kepada Kedah pada separuh masa pertama, sudah tentu Selangor sukar untuk mengheret Kedah ke masa tambahan.

Bagaimanapun, Safee Sali memberi sekelumit harapan kepada penyokong setia Selangor apabila dia merapatkan kedudukan pada minit ke-78 menerusi percubaan cantik dari luar kotak penalti.

Kesudahannya, bagaimanapun, tidak berubah. Kedah mengekalkan kejuaraan, manakala Nelson dinobatkan selaku Pemain Terbaik Perlawanan.

Jurulatih Kedah, Azraai Khor Abdullah, meraikan kemenangan itu dengan perasaan bercampur baur.

“Anak buah saya berjaya mencipta sejarah yang tidak mudah untuk diulangi. Kedah menjuarai tiga gelaran sekali gus buat dua musim berturut-turut, iaitu enam piala dalam masa dua tahun. Pada masa yang sama saya menujukan kemenangan ini kepada sifu saya, Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Mohd Akil yang meninggal dunia bulan lalu.

“Kemenangan ini juga cukup bermakna kerana ia hadir pada ulangtahun ke-50 pemerintahan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah,” kata Azraai yang dipilih Jurulatih Paling Popular.

Dollah Salleh yang muram akibat kekalahan itu menyifatkan barisan Kedah lebih pantas, lebih baik dan berhak muncul juara edisi ke-82 piala itu.

“Saya mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatan saya, Azraai. Pencapaiannya agak luar biasa, kerana jarang kita dengar satu pasukan muncul juara berganda atau treble dua musim berturut-turut di tempat lain.

Nelson pula menganggap kemenangan itu berpunca daripada semangat setiakawan pemain Kedah yang diterapkan oleh Azraai.

“Secara peribadi, ini kemenangan yang cukup menyenangkan hati saya. Saya tujukan kejayaan ini kepada ibu. Saya kehilangan ibu tercinta akibat kanser awal tahun ini dan langsung tidak berpeluang menjenguknya di Santiago, Chile.”

Free Personal signatures - cool!

TEXTAREA_ID

KEDAH JUARA PIALA MALAYSIA

Kedah menewaskan Selangor 3-2 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia

KUALA LUMPUR 23 Ogos — Juara bertahan Kedah mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia dua musim berturut-turut dengan menewaskan Selangor 3-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam ini.


Separuh masa pertama: Selangor 1 Kedah 3

Penyerang: SELANGOR - Frank Seator (minit 18), Mohd Safee Mohd Salee (77); KEDAH - Marlon Alex James (31), Nelson San Martin (32), Mohd Fadly Baharom (37).

Barisan Pemain:

SELANGOR - Mohd Suffian Abd Rahman, Mohd Razman Roslan, Evans Chisulo, Mohd Shukor Adan, Mohd Amri Yahyah, Mohd Asraruddin Putra Omar, D.Surendran (Mohd Amirulhadi Zainal), Elie Aiboy, Mohd Safee Mohd Sali, Frank Seator, Indra Putra Mahayuddin (Mohd Fadzli Saari).

KEDAH: Mohd Hilmi Eliza Elias, Victor Andrag (Mohd Fazliata Taib), Cornelius Benard Huggins, Badrol Bakhtiar, Nelson San Martin (Mat Sabri Abu), V.Thirumurugan, Ahmad Fauzi Saari, Shafizan Hashim, Mohd Khyrill Muhymeen, Mohd Fadly Baharom, Marlon Alex James.

Pengadil: Rosdi Shaharul (Perak) — BERNAMA


Kedah sukar digugat


PENYERANG Kedah, Badrol Bakhtiar (kiri) cuba melepasi halangan pertahanan Selangor, Amri Yahyah.


KENARI terbang tinggi, Red Giant tersungkur lagi.

Gelaran treble sekali lagi dimiliki Kedah.

Itulah yang berlaku di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi, gelanggang yang menjadi sejarah menyaksikan juara bertahan, Kedah menjulang Piala Malaysia buat kali kedua berturut-turut setelah menewaskan musuh tradisi, Selangor 3-2 pada perlawanan akhir.

Kedah yang dibimbing jurulatih Mohd. Azraai Khor Abdullah turut melakar sejarah baru dalam bola sepak negara apabila muncul satu-satunya pasukan yang berjaya mengekalkan kejuaraan treble buat musim kedua berturut-turut setelah melakukannya pada musim lepas.

Malam tadi, hajat Selangor untuk menebus kekalahan mereka dalam Piala FA awal bulan ini tidak kesampaian apabila mereka sekali lagi gagal menyekat kemaraan skuad Hijau Kuning itu yang meneruskan kehebatan mereka musim ini.

Bagi Azraai, kejayaan menjulang trofi paling berprestij itu menjadi bukti bahawa skuad mudanya ini memiliki kualiti tersendiri.

“Saya gembira dan bersyukur dengan kejayaan yang dilakar pada malam ini (malam tadi),” jelas Azraai selepas perlawanan akhir itu.

“Saya sangat terharu kerana komitmen yang ditunjukkan oleh para di atas padang telah dibayar dengan kejayaan menjulang Piala Malaysia ini.

“Pujian juga perlu diberikan kepada anak buah Dollah Salleh yang tidak berputus asa memberi tentangan biarpun ketinggalan 1-3 sebaik babak kedua bermula.

“Kami bermula dengan agak baik dan berjaya menguasai permainan pada 20 minit pertama,” kata Dollah.

“Tapi pemain mula selesa selepas mendahului 1-0 dan mereka semakin hilang fokus, kesilapan di benteng pertahanan pula menjadi punca Kedah bangkit menguasai permainan.”

Pada perlawanan yang disaksikan lebih 40,000 penonton di stadium itu, Selangor dilihat bermula dengan garang apabila penyerang import dari Liberia, Frank Seator memberi harapan buat peminat Red Giant itu dengan jaringan pembukaan pada minit ke-18.

Begitupun, tiga gol dalam masa 15 minit daripada Marlon Alex James (minit ke-31), Nelson Sam Martin (32) dan Mohd. Fadly Baharom berjaya mendiamkan seketika peminat Selangor pada babak pertama.

Jaringan penyerang kebangsaan, Safee Sali pada minit ke-77 memberi sedikit harapan buat peminat Red Giant, namun Kedah berjaya menghalang setiap gerakan Selangor sehingga tamat perlawanan.

KEDAH SAPU BERSIH




KEDAH ‘pulun’ habis. Mereka mempertahankan gelaran treble buat musim kedua berturut-turut.

Gelaran ketiga yang mereka raih bagi saingan bola sepak Liga Malaysia musim 2007/08 dicipta di Stadium Nasional di Bukit Jalil malam tadi selepas menewaskan Selangor 3-2 pada perlawanan akhir Piala Malaysia.

Kejayaan yang dicapai oleh Kedah itu akan terpahat sebagai sejarah dalam kancah bola sepak tempatan selepas mencipta nama menjulang gelaran treble untuk dua musim berturut-turut.

Sebelum ini Kedah mendakap gelaran juara Liga Super dan Piala FA..

KEDAH PULUN HABIS




PRESTASI konsisten penjaga gol Kedah, Helmi Eliza Elias dalam aksi Liga Malaysia 2007/2008 serta kecemerlangannya ketika berdepan kelab gergasi England, Chelsea baru-baru ini telah menarik perhatian peminat bola sepak tempatan untuk memilihnya sebagai Pemain Paling Bernilai sempena Anugerah Bola Sepak Kebangsaan FAM-100PLUS 2007/2008.

Peminat bola sepak tempatan telah membuat undian menerusi laman web FAM, www.fam.org.my untuk menentukan pemenang anugerah tersebut yang kebanyakannya dikuasai oleh Kedah yang memenangi Liga Super dan juga Piala FA baru-baru ini.




"Undian menerusi laman web terbukti lebih berkesan dan tahun ini kami telah memanggil beberapa nama daripada Persatuan Jurulatih Malaysia dan juga pihak media untuk menyenaraikan calon-calon bagi anugerah tersebut," kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad semalam.

"Pastinya dengan adanya anugerah ini, ia dapat membuka peluang kepada peminat bola sepak negara untuk sama-sama mengambil bahagian dalam kerancakan Liga Malaysia."

Pengurus perhubungan korporat F&N Coca-Cola (M) Sdn. Bhd., Datuk Kamal Harun pula memberitahu: "Pemain-pemain ini adalah bintang dalam liga bola sepak negara kita. Setiap minggu mereka beraksi dengan sepenuh hati dan memberi yang terbaik buat pasukan masing-masing demi memenuhi kepuasan peminat mereka.

"Sebab inilah kami 100PLUS bersama-sama FAM memilih untuk memberi pengiktirafan kepada mereka menerusi Anugerah Bola Sepak Kebangsaan," tambahnya lagi.

Victor Andrag, kapten dan pemain pertahanan Kedah dipilih sebagai Pemain Pertahanan Paling Popular sementara pemain kebangsaan, Khyril Muhymeen Zambri membawa pulang anugerah Pemain Perancang Paling Popular.

Bekas penyerang kebangsaan, Liew Kit Kong pula memenangi anugerah Penyerang Paling Popular untuk memecah dominasi Kedah yang turut mengaut Anugerah Pemain Harapan yang dimenangi Fazli Baharom.

Kedah melengkapkan malam gemilang mereka pada majlis itu dengan pemain import mereka, Marlon Alex James dipilih sebagai Pemain Import Paling Popular dan jurulatih, Mohd. Azrai Khor Abdullah menerima anugerah Jurulatih Paling Popular.

Manakala anugerah bagi Kelab Peminat Bola Sepak Terbaik pula menjadi milik Kelab Peminat Bola Sepak Perak sementara Persatuan Bola Sepak Terbaik pula dimenangi Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan.


Saturday, August 23, 2008

KEDAH VS SELANGOR






vs






























posted by,

FINAL PIALA MALAYSIA

Mlm penentu antara skuad Hijau Kuning & Merah Kuning untuk Merebut gelaran Juara Piala Malaysia 07/08..
aku adalah peminat setia pasukan hijau kuning.... mlm nie aku mesti turun Stadium Bukit Jalil..
PULUN KEDAH PULUN !!!!!!!!
kepada warga Kedah darul Aman..
marilah sama2 kita doakan kejayaan kedah

KEDAH 3 - 0 SELA NGOQ HEHEHE.......

posted by,

Thursday, August 21, 2008

SeLaMaT DaTaNg



ASSALAMUALAIKUM SEMUA..

salam perkenalan dari aku..
selamat datang ke blog AshSelamanya..
aku adalah aku selamanya..

untuk permulaan..
aku mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim..

kepada sesapa yg mula2 melawat ke dalam blog aku..

akan ku hadiahkan dengan sesuatu yang istimewa..

"doa kesejahteraan dari seorang sahabat.." :)

klu ada sapa2 yang sudi..
add lah aku dlm FS - ashpank_86@yahoo.com.my - nick ( ash relax )
xpon add jer kat YM - ashraf.tasrifin

ok.. thanks coz sudi melawat akuu..
salam perkenalan dari aku untuk semua...
peace...

wassalam.