KEDAH ‘pulun’ habis. Mereka mempertahankan gelaran treble buat musim kedua berturut-turut.
Gelaran ketiga yang mereka raih bagi saingan bola sepak Liga Malaysia musim 2007/08 dicipta di Stadium Nasional di Bukit Jalil malam tadi selepas menewaskan Selangor 3-2 pada perlawanan akhir Piala Malaysia.
Kejayaan yang dicapai oleh Kedah itu akan terpahat sebagai sejarah dalam kancah bola sepak tempatan selepas mencipta nama menjulang gelaran treble untuk dua musim berturut-turut.
Sebelum ini Kedah mendakap gelaran juara Liga Super dan Piala FA..
No comments:
Post a Comment